LONG BUSANG: TUYAU BELEKUTAU (2)-TERIMA
KASIH YB
Lewat senja kelmarin, saya
terima emel dari seorang guru dari SK
Long Busang dan kandungan emelnya berkenaan dengan suara hati seorang laki
bernama “AMAI ”.
Berikut adalah kandungan emelnya:-
Kunjungan YB Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Sarawak YB Encik
(sdr) Liwan Lagang dan Ahli Parlimen
Hulu Rajang YB Datuk Billy Abit Joo pada Ahad (04-05/03/2012) lepas
sangat-sangat bermakna bagi masyarakat kami Long Busang. Setidak-tidaknya
kunjungan mereka ini dapat menjadi penawar kesedihan akibat musibah (banjir
dari Empangan Bakun) yang menenggelami sebahagian besar tanaman padi kami.
Sempena lawatan kali ini banyak impian
dan khayalan baru dicipta dan kami berharap semua ini akan menjadi kenyataan ;
kalaupun tidak dalam masa terdekat ini, sekurang-kurangnya menjelang tahun
2090!.
Sejak dua menjak ini, adalah
tidak keterlaluan kalau kami katakan YB
Liwan Lagang adalah wakil rakyat yang sangat perihatin kepada penduduk Long
Busang. Tidak sampai pun dua penggal beliau menjadi wakil rakyat, sudah 8 laki
beliau melawat kami dan sanggup merayakan Hari Krismas bersama-sama dengan kami
pada Krismas yang lepas. Inilah wakli rakyat dan pemimpin yang betul-betul
berjiwa rakyat. Beliau lebih kerap berkunjug pada waktu bukan pilihanraya atau
di akhir-akhir penggal hendak tamat, tetapi beliau datang bertandang tidak kira masa dan
waktu; yang penting ada sedikit masa terluang, pasti YB Menteri Muda ini akan hinggap di laman kami-Long Busang. “Tiga tawai
kadok-kadok YB” ujarnya dalam dialek Badeng.
Beliau menyambung emelnya lagi;
Apa yang menghairan kami adalah
perbezaan YB Liwan dengan seorang wakil rakyat pada era 80-90an! Walaupun wakil
rakyat ini telah menjadi wakil rakyat kami lebih kurang 4 penggal (20 tahun),
beliau tidak pernah datang melawat kami
walaupun sekali dalam tempoh 20 tahun! Mala wajah sebenar beliaupun kami tidak
kenali dan hanya mengenali wajah beliau dalam poster menjelang pilihanraya
sahaja!. Alasan yang sering diberikan
oleh soldadu-soldadu pengampu beliau kepada kami ialah YB Sibuklah, YB meetinglah,
YB ada urusan ke Kuala Lumpurlah dan macam-macam alasan. Untuk menyejukkan hati
kami ialah soldadu pengampu ini hanya
berkata “YB nyat lesau lan-lan”(YB minta maaf banyak-banyak). Bagaimanapun oleh
kerana YB ini berdiri atas tiket BN, kami sokong juga! Tapi ironisnya, YB
tersebut tidak ada apa-apa jawatan pun, hanya wakil rakyat biasa tapi kesibukannya
mengalah YB yang berjawatan Menteri Muda sekarang ini. Kami telah dijanjikan macam-macam kemudahan seperti Klinik Desa, Mini Hidro, Sijil Lahir dan Kad Pengenalan dan entah apa-apalagi sehingga kini apa yang beliau (mantan YB) tersebut janjikan satu pun tidak terlaksana. Jangankan Klinik Desa, 5
biji bola sepak yang beliau (mantan YB) janjikan pada pilihanraya 90an tidak dapat ditunaikan. Syukurlah kini kami punyai YB Liwan Lagang dan Datuk Bily yang setia menemani kami dalam apa jua kesukaran yang kami hadapi. Walaupun begitu, sebagai hambah Tuhan yang kerdil, kami
tetap mendoakan kesejahteraan beliau (mantan YB kami) dan soldadu-soldadu pengampunya dan kita
berserah kepada yang Maha Esa untuk diadili , catatan dalam emelnya yang
sedikit kabur seolah-olah disengajakan supaya saya baca beberapa kali.
Ujar Amai lagi;
Saya sebagai orang kampung biasa yang
tiada punyai apa-apa, sekolahpun tiada hanya setakat darja 3 itupun tidak
habis, sangat-sangat berasa terharu dan mengucapkan berbayak-banyak terima
kasih kepada YB & Datuk kerana dapat meluangkan sedikit masa untuk datang
melawat kami tempoh hari. Baru sekarang kami sedar dan tahu rupa-rupanya seorang “wakil rakyat biasa” lagi sibuk
daripada seorang “Wakil Rakyat berjawatan Menteri Muda” (dalam nada perli).
Hidup-mati kami akan tetap sokong perjuangan YB & Datuk serta Barisan Nasional’ klippppp”Klipppp…
sambung Amai dalam emel tersebut. Banyak
lagi cerita yang ingin Amai sampaikan
kepada Tuyau Belekutau menerusi emel cikgu tersebut tetapi bateri letup (Lap
Top) telah habis. Kepada rakan-rakan
pembaca sekalian salam perjuangan untuk semua dari Tuyau Belekutau.