Tuesday 27 March 2012


LONG BUSANG: TUYAU BELEKUTAU (2)-TERIMA KASIH YB
Lewat senja kelmarin, saya terima emel dari seorang  guru dari SK Long Busang dan kandungan emelnya berkenaan dengan suara hati seorang laki bernama “AMAI ”.
Berikut adalah kandungan emelnya:-
Kunjungan YB Menteri Muda  Kebudayaan dan Warisan Sarawak YB Encik (sdr)  Liwan Lagang dan Ahli Parlimen Hulu Rajang YB Datuk Billy Abit Joo pada Ahad (04-05/03/2012) lepas sangat-sangat bermakna bagi masyarakat kami Long Busang. Setidak-tidaknya kunjungan mereka ini dapat menjadi penawar kesedihan akibat musibah (banjir dari Empangan Bakun) yang menenggelami sebahagian besar tanaman padi kami. Sempena lawatan kali ini banyak  impian dan khayalan baru dicipta dan kami berharap semua ini akan menjadi kenyataan ; kalaupun tidak dalam masa terdekat ini, sekurang-kurangnya menjelang tahun 2090!.
Sejak dua menjak ini,  adalah tidak keterlaluan kalau kami katakan  YB Liwan Lagang adalah wakil rakyat yang sangat perihatin kepada penduduk Long Busang. Tidak sampai pun dua penggal beliau menjadi wakil rakyat, sudah 8 laki beliau melawat kami dan sanggup merayakan Hari Krismas bersama-sama dengan kami pada Krismas yang lepas. Inilah wakli rakyat dan pemimpin yang betul-betul berjiwa rakyat. Beliau lebih kerap berkunjug pada waktu bukan pilihanraya atau di akhir-akhir penggal hendak tamat, tetapi  beliau datang bertandang tidak kira masa dan waktu; yang penting ada sedikit masa  terluang, pasti YB  Menteri Muda ini akan  hinggap di laman kami-Long Busang. “Tiga tawai kadok-kadok YB” ujarnya dalam dialek Badeng.
Beliau menyambung emelnya lagi;
Apa yang menghairan kami adalah perbezaan YB Liwan dengan seorang wakil rakyat pada era 80-90an! Walaupun wakil rakyat ini telah menjadi wakil rakyat kami lebih kurang 4 penggal (20 tahun), beliau tidak  pernah datang melawat kami walaupun sekali dalam tempoh 20 tahun! Mala wajah sebenar beliaupun kami tidak kenali dan hanya mengenali wajah beliau dalam poster menjelang pilihanraya sahaja!.  Alasan yang sering diberikan oleh soldadu-soldadu pengampu beliau kepada kami ialah YB Sibuklah, YB meetinglah, YB ada urusan ke Kuala Lumpurlah dan macam-macam alasan. Untuk menyejukkan hati kami ialah  soldadu pengampu ini hanya berkata “YB nyat lesau lan-lan”(YB minta maaf banyak-banyak). Bagaimanapun oleh kerana YB ini berdiri atas tiket BN, kami sokong juga! Tapi ironisnya, YB tersebut tidak ada apa-apa jawatan pun, hanya wakil rakyat biasa tapi kesibukannya mengalah YB yang berjawatan Menteri Muda sekarang ini. Kami telah dijanjikan macam-macam kemudahan  seperti Klinik Desa, Mini Hidro, Sijil Lahir dan Kad Pengenalan dan entah apa-apalagi sehingga kini apa yang beliau (mantan YB) tersebut janjikan satu pun tidak terlaksana. Jangankan Klinik Desa,  5 biji bola sepak yang beliau (mantan YB) janjikan pada pilihanraya 90an tidak dapat ditunaikan. Syukurlah kini kami punyai YB Liwan Lagang dan Datuk Bily yang setia menemani kami dalam apa jua kesukaran yang kami hadapi. Walaupun begitu, sebagai hambah Tuhan yang kerdil, kami tetap mendoakan kesejahteraan beliau (mantan YB kami) dan soldadu-soldadu pengampunya dan kita berserah kepada yang Maha Esa untuk diadili , catatan dalam emelnya yang sedikit kabur seolah-olah disengajakan supaya saya baca beberapa kali.
Ujar Amai lagi;
Saya sebagai orang kampung biasa yang tiada punyai apa-apa, sekolahpun tiada hanya setakat darja 3 itupun tidak habis, sangat-sangat berasa terharu dan mengucapkan berbayak-banyak terima kasih kepada YB & Datuk kerana dapat meluangkan sedikit masa untuk datang melawat kami tempoh hari. Baru sekarang kami sedar dan tahu rupa-rupanya  seorang “wakil rakyat biasa” lagi sibuk daripada seorang “Wakil Rakyat berjawatan Menteri Muda” (dalam nada perli). Hidup-mati kami akan tetap sokong perjuangan YB & Datuk  serta  Barisan Nasional’ klippppp”Klipppp… sambung  Amai dalam emel tersebut. Banyak lagi cerita yang ingin Amai  sampaikan kepada Tuyau Belekutau menerusi emel cikgu tersebut tetapi bateri letup (Lap Top)  telah habis. Kepada rakan-rakan pembaca sekalian salam perjuangan untuk semua dari Tuyau Belekutau.


No comments:

Post a Comment