Tuesday 27 March 2012


LONG BUSANG: TUYAU BELEKUTAU (2)-TERIMA KASIH YB
Lewat senja kelmarin, saya terima emel dari seorang  guru dari SK Long Busang dan kandungan emelnya berkenaan dengan suara hati seorang laki bernama “AMAI ”.
Berikut adalah kandungan emelnya:-
Kunjungan YB Menteri Muda  Kebudayaan dan Warisan Sarawak YB Encik (sdr)  Liwan Lagang dan Ahli Parlimen Hulu Rajang YB Datuk Billy Abit Joo pada Ahad (04-05/03/2012) lepas sangat-sangat bermakna bagi masyarakat kami Long Busang. Setidak-tidaknya kunjungan mereka ini dapat menjadi penawar kesedihan akibat musibah (banjir dari Empangan Bakun) yang menenggelami sebahagian besar tanaman padi kami. Sempena lawatan kali ini banyak  impian dan khayalan baru dicipta dan kami berharap semua ini akan menjadi kenyataan ; kalaupun tidak dalam masa terdekat ini, sekurang-kurangnya menjelang tahun 2090!.
Sejak dua menjak ini,  adalah tidak keterlaluan kalau kami katakan  YB Liwan Lagang adalah wakil rakyat yang sangat perihatin kepada penduduk Long Busang. Tidak sampai pun dua penggal beliau menjadi wakil rakyat, sudah 8 laki beliau melawat kami dan sanggup merayakan Hari Krismas bersama-sama dengan kami pada Krismas yang lepas. Inilah wakli rakyat dan pemimpin yang betul-betul berjiwa rakyat. Beliau lebih kerap berkunjug pada waktu bukan pilihanraya atau di akhir-akhir penggal hendak tamat, tetapi  beliau datang bertandang tidak kira masa dan waktu; yang penting ada sedikit masa  terluang, pasti YB  Menteri Muda ini akan  hinggap di laman kami-Long Busang. “Tiga tawai kadok-kadok YB” ujarnya dalam dialek Badeng.
Beliau menyambung emelnya lagi;
Apa yang menghairan kami adalah perbezaan YB Liwan dengan seorang wakil rakyat pada era 80-90an! Walaupun wakil rakyat ini telah menjadi wakil rakyat kami lebih kurang 4 penggal (20 tahun), beliau tidak  pernah datang melawat kami walaupun sekali dalam tempoh 20 tahun! Mala wajah sebenar beliaupun kami tidak kenali dan hanya mengenali wajah beliau dalam poster menjelang pilihanraya sahaja!.  Alasan yang sering diberikan oleh soldadu-soldadu pengampu beliau kepada kami ialah YB Sibuklah, YB meetinglah, YB ada urusan ke Kuala Lumpurlah dan macam-macam alasan. Untuk menyejukkan hati kami ialah  soldadu pengampu ini hanya berkata “YB nyat lesau lan-lan”(YB minta maaf banyak-banyak). Bagaimanapun oleh kerana YB ini berdiri atas tiket BN, kami sokong juga! Tapi ironisnya, YB tersebut tidak ada apa-apa jawatan pun, hanya wakil rakyat biasa tapi kesibukannya mengalah YB yang berjawatan Menteri Muda sekarang ini. Kami telah dijanjikan macam-macam kemudahan  seperti Klinik Desa, Mini Hidro, Sijil Lahir dan Kad Pengenalan dan entah apa-apalagi sehingga kini apa yang beliau (mantan YB) tersebut janjikan satu pun tidak terlaksana. Jangankan Klinik Desa,  5 biji bola sepak yang beliau (mantan YB) janjikan pada pilihanraya 90an tidak dapat ditunaikan. Syukurlah kini kami punyai YB Liwan Lagang dan Datuk Bily yang setia menemani kami dalam apa jua kesukaran yang kami hadapi. Walaupun begitu, sebagai hambah Tuhan yang kerdil, kami tetap mendoakan kesejahteraan beliau (mantan YB kami) dan soldadu-soldadu pengampunya dan kita berserah kepada yang Maha Esa untuk diadili , catatan dalam emelnya yang sedikit kabur seolah-olah disengajakan supaya saya baca beberapa kali.
Ujar Amai lagi;
Saya sebagai orang kampung biasa yang tiada punyai apa-apa, sekolahpun tiada hanya setakat darja 3 itupun tidak habis, sangat-sangat berasa terharu dan mengucapkan berbayak-banyak terima kasih kepada YB & Datuk kerana dapat meluangkan sedikit masa untuk datang melawat kami tempoh hari. Baru sekarang kami sedar dan tahu rupa-rupanya  seorang “wakil rakyat biasa” lagi sibuk daripada seorang “Wakil Rakyat berjawatan Menteri Muda” (dalam nada perli). Hidup-mati kami akan tetap sokong perjuangan YB & Datuk  serta  Barisan Nasional’ klippppp”Klipppp… sambung  Amai dalam emel tersebut. Banyak lagi cerita yang ingin Amai  sampaikan kepada Tuyau Belekutau menerusi emel cikgu tersebut tetapi bateri letup (Lap Top)  telah habis. Kepada rakan-rakan pembaca sekalian salam perjuangan untuk semua dari Tuyau Belekutau.


Saturday 3 March 2012

Takungan Empangan Bakun: Satu bencana terhadap penduduk Long Busang

Minggu lepas, saya sempat balik ke kampung halaman di Long Busang, perkampungan suku kaum Kenyah yang terletak paling jauh di hulu Sungai Rajang. Pada masa ini rata-rata penduduk kampung yang terdiri daripada suku kaum Kenyah Badeng  sedang sibuk menenuai padi (padi bukit) mereka.

Saya mengambil kesempatan untuk meninjau kawasan huma mereka sambil pergi memancing ikan di dalam anak-anak sungai yang semakin tidak dikenali lagi kerana sudah jauh tenggelam ke dasar tasik buat manusia yang paling besar di rantau Asia Tenggara itu. Sesampai di kawasan huma (tempat tanaman padi) salah seorang penduduk kampung, saya sangat terkejut dan tiba-tiba hati saya dipaut sedih dan pilu kerana sebahagian besar padinya yang hampir masak dan sedia untuk dituai itu di tenggelami air-takungan Bakun!

"Inilah kesan Empangan Bakun!" ujar lelaki itu bercampur sedih dan kesal. Saya dapat selami hati kecilnya ketika meluakan kata-katanya itu. Memang benar, dahulu pihak berkenaan tidak pernah memaklumkan kepada penduduk Kampung Long Busang, takungan Empangan Bakun itu akan sampai ke kawasan mereka. Pihak berkenaan tidak pernah berkunjung untuk membuat bancian dan kajian ke atas tanaman dan tanah mereka yang kini semakin hampir pada kehancuran; ditenggelami Empangan Bakun! Dahulu pihak berkenaan memberi jaminan takungan air Empangan Bakun tidak akan melepasi sempadan di antara Long Jawie dan Long Busang iaitu Giam Muring, itu sebabnya tanah dan tanaman penduduk Kampung Long Busang tidak dibanci dan mereka terlepas daripada dibayarsebarang pampasan.Tetapi sekarang ini, sebaliknya telah berlaku dan siapa yang harus dipertanggungjawabkan?

Persoalan kedua, bagaimana keadaan Kampung Long Busang jika musim banjir melanda? Keadaan ini sudah akan menjadi satu bencana besar kepada penduduk kampung kerana aliran air Sungai Balui akan tersekat alirannya dan keadaan ini boleh  menyebabkan semua rumah penduduk kampung akan ditenggelami paras air yang lebih dalam. Kita tidak mahu mimpi ngeri pada tahun 2009 berulangi di mana hampir semua rumah penduduk kampung musnah dalam banjir besar tersebut! Takungan air di Empangan Bakun ini pasti akan menyebabkan kesan banjir terhadap penduduk kampung Long Busang akan beretambah dasyat kerana masa untuk air surut akan mengambil masa yang agak lama (mungkin sampai 4-5 hari) berbanding sebelum ini hanya memakan masa sekitar 1-2 hari untuk surut dan itupun cukup menyukarkan kehidupan masyarakat kampung.

Apa yang Tuyau Belekutau (TB) ingin sampaikan menerusi Blog ini, agar pihak berkenaan mulai memikirkan sesuatu yang [positif] buat masyarakat kampung ini. Berilah sedikit perhatian dan hulurkan sekulumit simpati kepada mereka sebelum bencana besar ini bakal menimpa perkampungan mereka yang kini umpama bom jangka yang hanya menunggu masa utuk meletup.

Kepada sahabat pembaca yang budiman, masyarakat kampung ini adalah masayarakat yang sangat pasrah pada pemerintah. Tidak ada istilah membantah dalam diri mereka. Merek msyarakat belantara yang terdidik dengan adat dan budaya hormat pada orang luar walapun khazanah yang ada pada mereka habis dirampas dan kehidupan mereka ditindas sekian lama. Mereka tidak pernah menerima siaran televisyen negara apatah lagi istilah "jalur lebar,wifi dan internet", siaran radio itu pun antara hidup segan, mati tak mau saja. Di saat masyarat kota berkunjung ke Klinik 1Malaysia,  mereka menyelusur kaki bukit mencari daun atau akar kayu untuk melega sakit dan pening kepala.Setipa tahun ada sahaja bencana rumah terbakar kerana ketiadaan bekalan  api elektrik walaupun sudah hampir 55 tahun dalam Negara Merdeka.

Mereka sudah lali dan biasa dengan cerita  tidak kira dari parti  mana sekalipun setiap pilihanraya menjelma kerana cerita gula-gula mereka sama saja; "yang penting undi  kita memihak kepada mereka" kata-kata sorang wanita yang masih saya ingati pada pilihanraya 12 yang lepas .Janji Klinik Desalah, Mini Sescolah, Mini hidrolah dan entah mini apa-apa lagi sehingga kini wanita itu sudah meninggal dunia awal januari lepas membawa impiannya yang entah bila akan menjadi realiti. Apa yang Tuyau Belekutau pastikan "KAMPUNG LONG BUSANG BAKAL DILANDA BENCANA BESAR!.

Banyak lagi cerita yang Tuyau Belekutau ingin kongsikan bersama pembaca budiman, tapi oleh kerana hambatan masa, terpaksa berhenti di sini. Sampai jumpai lagi  dan salam untuk rakan pembaca.